Wednesday, August 24, 2011

Alhamdulillah, done with pre-assessment today. The marks have straight given. Disappointed.

i need the spirit of minor project. Final around the corner. Date assessment makes me wanna #$%^&*. Setiap hari perlu muhasabah diri untuk menjadi seorang yang lebih baik. Setiap orang boleh menilai dan dinilai dari segi perspektif yang berbeza.

i've learned how to appreciate things. Things that really important to me.

Sejak melangkah masuk ke Uitm, i've learned too many things. Bermula kisah apabila ditawarkan universiti cawangan Kedah. i was like, oh inikah titik permulaan dugaan yang perlu dihadapi. Semasa di kedah, itulah kali pertama meninggalkan rumah, dan itulah kali pertama berjauhan dengan keluarga. Semuanya mengajar kita erti berdikari dan kenangan yang paling bermakna adalah berulang-alik dari kuala lumpur ke kedah seorang diri menaiki bus mahupun kereta api. It takes 6-10 hours alone !

Semester ke-dua bermula di melaka. Dugaan demi dugaan datang menimpa pada permulaannya. Kemudian hilang sedikit demi sedikit. Pengalaman mengajar erti kesusahan. Kesusahan dari segi semua benda. Alhamdulillah, semuanya dihadapi dengan tabah.

Sekarang telah dipenghujung semester ke-lima. Cabaran dan saingan semakin sengit. Perlu bersaing dengan rakan sebaya untuk menambat hati orang lain demi mendapatkan apa yang di impiankan iaitu sijil yang bakal kami miliki kelak. Tahun ini juga merupakan tahun terakhir untuk membuktikan pada orang ramai dan juga merupakan tangga untuk ke tahap yang seterusnya.